[Artikel] Berseni Melalui Komputer

Berseni bukan sahaja diatas kanvas mahupun kertas lukisan.
Dengan teknologi kini yang serba maju dan canggih, kita boleh menggunakan perisian komputer untuk mencipta hasil seni kita hanya dengan menggunakan tetikus! Malah, kita juga dapat melakukan pelbagai perkara dengan perisian komputer.



Perisian mengubah gambar / photo editing software dapat mencantikkan lagi sesebuah gambar seperti gambar diatas. Gambar tersebut telah diubah untuk nampak lebih cerah dan menarik.




Kini, terdapat pelbagai photo editing software sama ada yang perlu dibayar mahupun secara percuma. Misalnya, antara perisian yang paling popular ialah Adobe Photoshop Series; sama ada Adobe Photoshop CS5, Adobe Photoshop Element 7.0, atau sebagainya. 



Bagi perisian yang percuma, pengguna boleh mendapatkannya di website. Antara photo editing software percuma yang paling popular ialah GIMP atau GNU Image Manipulation Program. Yang menariknya mengenai GIMP ini, ia adalah setanding dengan perisian Adobe Photoshop dengan features editing yang terdapat dalam perisian ini. Walaupun tidak dapat mengalahkan Adobe Photoshop, penggunaan GIMP dapat dikembangkan melalui plug-ins atau scripting  yang boleh didapati di merata laman web.



Dan perisian percuma yang popular selain GIMP ialah Paint.NET. Paint.NET bersifat lebih mudah tetapi ia masih mempunyai tools yang berguna. Ia menyokong pelbagai format gambar cuma ia tidak menyokong gambar yang raw.

Lebih mudah digunakan jika inginkan sedikit touch up yang ringkas.

Berikut adalah contoh hasil seni yang menggunakan perisian komputer. Sangat menarik~ :D





Note : Gambar dan maklumat diperoleh daripada Google Images dan download.cnet.com

  • Stumble This
  • Fav This With Technorati
  • Add To Del.icio.us
  • Digg This
  • Add To Facebook
  • Add To Yahoo
 
Copyright 2010 PSV SEMEKAP | Powered by Blogger.