[Artikel] Animasi

 Animasi tempatan Upin & Ipin yang semakin mendapat tempat di Malaysia. :D
 
Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik pergerakan disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.




Phenakistoscope, zoetrope dan praxinoscope, serta 'flip book; yang biasa, merupakan perkakas animasi popular terawal yang dicipta ketika 1800-an. Alatan ini menghasilkan gerakan daripada lukisan bersusun menggunakan kaedah teknologi, namun animasi sebenarnya tidak banyak berkembang sehingga terciptanya filem wayang gambar.





Proses penghasilan animasi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ianya memerlukan pengalaman kemahiran serta kepakaran yang tinggi bagi tujuan penghasilan. Pakar animasi yang juga sering dikenali sebagai animator diperlukan dalam jumlah yang banyak bagi menghasilkan suatu animasi yang berkualiti tinggi. Kos penghasilannya juga agak tinggi disamping tempoh masa yang diperlukan bagi membentuk animasi yang dikehendaki juga agak lama. Ini semua memerlukan perancangan yang teliti serta komitmen yang tinggi di kalangan kumpulan pembangunan sesebuah aplikasi yang memerlukan penggunaan animasi.

Di Jepun, animasi atau lebih dikenali sebagai anime telah menjadi sinonim. Malah, animasi telah menjadi salah satu major faktor yang menjana ekonomi negara itu.  
Anime adalah sebuah topik spesifik yang  sangat luas. Anime mempunyai pelbagai genre, kategori dan ciri-ciri.


Astro Boy; salah sebuah siri anime yang terkenal.

 Animasi adalah salah satu seni visual yang sangat popular diseluruh dunia sehinggakan pada setiap tahun, pasti akan diadakan konvensyen animasi. Contohnya di Malaysia - Comic Fiesta, Games, Anime, Comic Circle 'GACC'. Singapura - Singapore Toy, Game & Comic Convention (STGCC). Jepun - Tokyo International Anime Fair, Comiket, Jump Festa.

Tokyo International Anime Fair 2008 - Wikipedia

Comic Fiesta 2009. Credit - http://blog.the-o.my/2009/12/20/random-pics-day309-comic-fiesta-2009/

Bidang animasi kini dapat menjangkau dengan lebih jauh lagi, lebih-lebih lagi kini dengan kewujudan spek 3D serta animasi 4D. Dengan kemajuan teknologi yang semakin membangun setiap hari, animasi mungkin dapat dijadikan sebagai salah satu pembelajaran di peringkat sekolah lagi.
  • Stumble This
  • Fav This With Technorati
  • Add To Del.icio.us
  • Digg This
  • Add To Facebook
  • Add To Yahoo
 
Copyright 2010 PSV SEMEKAP | Powered by Blogger.