[Artikel] Origami - Paper Folding

1000 thousand cranes.


Origami berasal daripada 2 perkataan Jepun iaitu ori (folding / lipat) dan kami (paper / kertas) .
Ia merupakan seni tradisional Jepun yang menggunakan kertas untuk membentuk sesuatu rupa.

Walaubagaimanapun, ia dikatakan bermula di China pada 150 A.D . Ia kemudiannya dibawa ke Jepun oleh para pedagang dan disitulah bermulanya pengenalan origami di Jepun.

Pada awal pengenalannya, hanya orang kaya yang mampu memiliki kertas yang membuat origami. Ini adalah kerana penghasilan kertas adalah sangat mahal dan tidak mampu dimiliki oleh orang kebanyakan.

Dikatakan juga orang Arab membuat origami untuk mempelajari bentuk geometri yang diperolehi daripada bentuk origami.

Sejak itu, Jepun telah mengamalkan origami dalam adat mereka serta agama Shinto. Contohnya, origami berbentuk rama-rama digunakan dalam perkahwinan agama Shinto. Selain itu, 1000 origami cranes pula diberikan sebagai hadiah istimewa kepada rakan atau ahli keluarga.

Origami kini dijadikan sebuah seni moden dan terdapat pelbagai jenis origami. Contohnya, action origami; origami yang boleh bergerak, kirigami; origami yang memerlukan lipatannya dipotong; dan
wet-folding; kertasnya dilembapkan terlebih dahulu sebelum dilipat. Untuk lebih maklumat, klik.

 Untuk membuat origami, pelbagai jenis kertas boleh digunakan. Terdapat juga kertas origami yang khas digunakan untuk seni ini. Kertas origami adalah lebih ringan daripada kertas biasa kerana ia lebih sesuai untuk pelbagai model origami. Kebiasaannya kertas origami berwarna pada satu bahagian dan bahagian lagi satu adalah berwarna putih. Ada juga kertas origami yang bercorak seperti corak kimono. Malah, wang kertas juga boleh digunakan untuk membuat origami.



  • Stumble This
  • Fav This With Technorati
  • Add To Del.icio.us
  • Digg This
  • Add To Facebook
  • Add To Yahoo
 
Copyright 2010 PSV SEMEKAP | Powered by Blogger.