[Artikel] 5 Lukisan Termahal di Dunia

  
1. No 5, 1948

No. 5, 1948 adalah lukisan yang dilukis oleh Jackson Pollock; seorang peukis Amerika yang terkenal dengan lukisannya bertemakan the abstract expressionist movement. Ianya dimiliki oleh Samuel Irving Newhouse dan dipamerkan di Museum of Modern Art sebelum dijual kepada David Geffen dan kemudiannya kepada  David Martinez tahun 2006 walaupun tidak dipastikan kesahihannya.

Dijual dengan harga USD140 juta.



2. Woman III

Woman III adalah lukisan oleh pelukis abstract expressionist Willem de Kooning. Pada mulanya, lukisan ini merupakan antara koleksi yang dimiliki oleh Tehran Museum of Contemporary Art, tetapi selepas revolusi pada tahun 1979, lukisan ini tidak dapat dipamerkan atas sebab peraturan yang ditetapkan kerajaan mengenai seni visual. Pada November 2006, lukisan ini dijual oleh David Geffen kepada jutawan Steven A. Cohen.

Dijual dengan harga USD137.5 juta.


3. Portrait of Adele Bloch-Bauer I

Portrait of Adele Bloch-Bauer I ialah lukisan oleh Gustav Klimt yang disiapkan pada tahun1907. Ianya dijual kepada Ronald Lauder untuk Galeri Neue miliknya di New York pada Jun 2006.

Dijual dengan harga USD135 juta.



4. Potrait of Dr Gachet Versi I

Portrait of Dr. Gachet ialah salah sebuah lukisan oleh Vincent van Gogh. Lukisan tersebut ialah Dr. Paul Gachet, seorang doktor yang menjaganya di hari-hari akhirnya.
Terdapat 2 versi asli potrait ini, kedua-duanya dilukis di Auvers-sur-Oise, berdekatan Paris pada Jun 1890. Kedua-dua versi lukisan ini adalah sama tetapi ianya senang dibezakan. Versi pertama lukisan ini dijual kepada Ryoei Saito, pengerusi Daishowa Paper Manufacturing Co. Manakala versi kedua masih dimiliki Musée d'Orsay, Paris.

Dijual dengan harga USD82.5 juta.



5. Bal du moulin de la Galette

Bal du moulin de la Galette / Le moulin de la Galette ialah sebuah lukisan oleh pelukis Perancis; Pierre-Auguste Renoir. Pada tahun 1874 - 1894 ia dimiliki oleh pelukis Gustave Caillebotte, kemudian apabila beliau mati, ia menjadi hak milik Republik Perancis. Selepas beberapa kali bertukar tempat, ia dijual kepada Ryoei Saito. Walaubagaimanapun, kini lukisan ini dikatakan dimiliki oleh pengumpul Swiss. 

Dijual dengan harga USD78.1 juta.

Note : Gambar, artikel diperolehi daripada Wikipedia - List of Most Expensive Painting
  • Stumble This
  • Fav This With Technorati
  • Add To Del.icio.us
  • Digg This
  • Add To Facebook
  • Add To Yahoo
 
Copyright 2010 PSV SEMEKAP | Powered by Blogger.