[Artikel] Batik


Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik.

Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah :

batik tulis; corak pada kain batik yang dilukis tangan secara bebas. Batik lukis mempunyai corak yang pelbagai dan setiap satu adalah unik, tidak akan sama dengan yang lain.

batik skrin; kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna yang menggunakan corak batik yang dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Ia kurang dikenali berbanding kaedah batik terap.

dan batik terap; kaedah mengghasilkan batik dengan menggunakan blok pengecop. Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam.

Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.

Dalam proses membuat batik, alatan yang diperlukan ialah blok penerap, campuran lilin, kain, dan pencelup.




Di Malaysia, batik amat sinonim dalam kehidupan seharian. Malah, bagi pekerja awam, mereka dikehendaki memakai baju batik pada setiap hari Khamis. Selain itu, corak batik semakin terkenal sejak kebelakangan ini dalam fesyen dimana corak batik itu telah bertukar menjadi batik moden.


 



Note : artikel, gambar diperolehi daripada Wikipedia dan Google Images.
  • Stumble This
  • Fav This With Technorati
  • Add To Del.icio.us
  • Digg This
  • Add To Facebook
  • Add To Yahoo
 
Copyright 2010 PSV SEMEKAP | Powered by Blogger.